PROGRAM IJAZAH PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG (PENYIASATAN)(KEPUJIAN)
IJAZAH PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG (PENYIASATAN)(KEPUJIAN) (N/861/6/0016) JPT/BPP(K)1000-600/B266 Jld.7(2) MQA/PA7540-02/22 Program Sarjana Muda dalam Program Penguatkuasaan Undang-Undang (Penyiasatan) mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenayah dan dunia keselamatan, penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan. Pelajar akan memahami kepentingan mengendalikan penguatkuasaan undang-undang, menjalankan siasatan secara profesional dan pengurusan keselamatan melalui program ini. Di samping itu, pelajar juga akan dilengkapi dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelbagai jenis / sifat jenayah dan keupayaan alat perisik penguatkuasaan yang lebih baik untuk pencegahan jenayah, pembangunan kes dan peruntukan sumber. Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan tekun, berkesan dan profesional. _________________________________________________________________________________ BIDANG KERJAYA...